Kata ibuku, SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA.
SELAMAT, itu satu doa semoga kita terus menerus selamat.
Selamat dari segala bala bahaya,
selamat dari gangguan nafsu syaitan,
selamat dari musuh-musuh Islam,
selamat semuanya, itu hendaknya.
BERJUANG, ianya satu keazaman.
Berjuang tidak semestinya dengan mata pedang,
mungkin perjuangan kita dengan mata pena,
mungkin juga dengan sedikit harta benda,
itu semua satu perjuangan.
Namanya pun perjuangan, maknanya...
tiada kesenangan yang berpanjangan,
namun, bahagia haqiqi akan dirai nanti.
UNTUK, kenapa ibu tidak guna KERANA?
Ada beza sebenarnya antara UNTUK dan KERANA.
UNTUK biasanya digunakan pada sesuatu yang mendatang,
apa arah tujuan, itulah UNTUK.
KERANA biasanya ada sebab kita bertindak.
- KERANA datang dulu, - UNTUK datang kemudian.
Ya, kita kena bangkit berjuang UNTUK ...
bukan sekadar kita berjuang KERANA...
AGAMA, tak perlulah nak tambah Islam,
kita semua dah faham, الدين itu دين الاسلام.
Kenapa kena berjuang untuk agama???
Bukanlah kerana kita perlu tolong agama sebenarnya,
tapi kita nak tolong diri sendiri,
agar lebih memahami apa gunanya kita beragama.
SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!
Terima kasih ibu atas segalanya.
Moga ada manfaatnya, amin.
Dunia Muslimat
Monday, February 28, 2011
Tuesday, February 10, 2009
Awal bicara
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh
Terlebih dahulu ana mohon maaf kerana lewat memperkenalkan diri
Ana, Husniyah Salaeh, Pelajar tahun akhir FPQS, sebagai Exco Unit ini
Ana dibantu oleh Ukhti Fariza dan 15 ahli yang lain, yang terdiri daripada pelajar tahun 1-4, dari pelbagai fakulti seperti FKP, FST, FPQS, FSU, FEM dan FPBU
Itu sahaja untuk awalnya
Insya Allah lain kali ana sambung lagi
Di sini ana ingin bagitahu tentang blogspot ana yang serba kekurangan
http://www.husniyahthon.blogspot.com/
Jika antum ada masa, tolong bagi sedikit sebanyak pandangan dan cadangan supaya gerakan dakwah kita ini lebih baik
Sekian wassalam

Tuesday, January 27, 2009
Salam Muhibbah
Assalamualaikum w.b.t..
Laman ini diwujudkan khas untuk kaum hawa dan ahli unit Hal Ehwal Wanita SPMM khususnya yang ingin mengetahui perkembangan aktiviti-aktiviti yang akan atau telah dianjurkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia. Selain itu, adalah diharapkan agar medium ini juga dapat digunakan sebagai wadah untuk memperkembangkan dakwah di atas bumi Allah dan membina ukhuwah dan tautan hati sesama kita... InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)