Monday, February 28, 2011

SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!

Kata ibuku, SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA.




SELAMAT, itu satu doa semoga kita terus menerus selamat.

Selamat dari segala bala bahaya,

selamat dari gangguan nafsu syaitan,

selamat dari musuh-musuh Islam,

selamat semuanya, itu hendaknya.


BERJUANG, ianya satu keazaman.

Berjuang tidak semestinya dengan mata pedang,

mungkin perjuangan kita dengan mata pena,

mungkin juga dengan sedikit harta benda,

itu semua satu perjuangan.


Namanya pun perjuangan, maknanya...

tiada kesenangan yang berpanjangan,

namun, bahagia haqiqi akan dirai nanti.


UNTUK, kenapa ibu tidak guna KERANA?

Ada beza sebenarnya antara UNTUK dan KERANA.

UNTUK biasanya digunakan pada sesuatu yang mendatang,

apa arah tujuan, itulah UNTUK.

KERANA biasanya ada sebab kita bertindak.

- KERANA datang dulu, - UNTUK datang kemudian.


Ya, kita kena bangkit berjuang UNTUK ...

bukan sekadar kita berjuang KERANA...



AGAMA, tak perlulah nak tambah Islam,

kita semua dah faham, الدين itu دين الاسلام.


Kenapa kena berjuang untuk agama???

Bukanlah kerana kita perlu tolong agama sebenarnya,

tapi kita nak tolong diri sendiri,

agar lebih memahami apa gunanya kita beragama.



SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!

Terima kasih ibu atas segalanya.

Moga ada manfaatnya, amin.

No comments:

Post a Comment